Isnin, 7 Mac 2011

Misteri Mimpi Duit Syiling 50 Sen

Sekali lagi dia kata dia tak bergurau. Sungguh! Semalam dia mimpi tengok duit. Duit syiling 50 sen. Dia tak pasti tahun bila. Dia pun tak tahu apa alamat mimpi dia. Tapi bila dia jumpa saya, tiba-tiba dia kata dia nak rembat semua duit syiling yang saya jual. Duit syiling 50 sen 3 keping, tahun 1967 dan 1968.

Sebelum tu, saya ada bagitau dia, saya ada tulis dalam blog dia minta dia cari duit syiling 50 sen tahun yang ni. Memang kebetulan betul. Kebetulan yang ajaib. Saya bagitau dia dalam blog pasal duit syiling 50 sen, belum sempat baca, dia dah mimpi tengok duit syiling lama, jumpa saya, belum sempat cerita, saya dah buka mulut cerita pasal duit lama. Dan dia tanpa banyak bicara, hanya kerana mimpi terus beli. Aneh rasanya.

"Betul ke kau nak ni," soal saya minta kepastian.

"Ya! Betullah. Ingat aku bergurau ker," jawab dia sungguh-sungguh.

Saya lantas hulurkan duit syling tu minta dia tengok dulu. Mana tahu bukan duit syiling yang dia cari.

"Duit ni mahal aku jual. RM8. Serius ker ni," soal saya semula cuba menduga keseriusannya.

Pelik member saya ni. Hanya kerana mimpi, tiba-tiba timbul minat kumpul duit-duit lama.

"Harga kau juallah. 8 ringgit 8 ringgitlah. Aku nak buat koleksi ni."


Rupa duit syiling 50 sen tahun 1967, 1968. Ada belah tepi.


Member saya. Dia pun hairan dari mimpi tiba-tiba dia jadi minat kumpul duit syiling. Dia tak bagi ambil gambar penuh. Tak suka publisiti murahan, katanya.



Saya pun baru seminggu dua tiba-tiba minat dengan duit-duit lama. Ilham dari langit kot. Bukan untuk buat koleksi tapi untuk dijual balik. Duit lama macam barang-barang antik jugak. Makin lanjut usia, makin tinggi nilai. Makin orang terliur. Sebab hobi, ada orang nak buat koleksi. Ada juga yang jual balik. Tapi tak adalah yang nak guna balik. Duit lama mana laku.

Saya beli duit syiling 50 sen ni harga RM4 sekeping. Duit syiling 50 sen yang tahun 1967 - 1968 rata-ratanya orang kat tempat ni jual RM5 - RM10 sekeping. Tapi yang tahun 1969 lagi mahal harga. Ada orang jual sampai RM40 sekeping. Sebab mahal, keluaran terhad. Duit syiling 50 sen tahun 1970 - 80, harganya juga mahal. RM4- RM10 sekeping. Tapi tak ramai orang cari. Yang ramai orang cari tahun mula-mula keluar duit ni. 1967, 1968, 1969. Biasanya duit ni ada belah tepi.

(Harga di atas bukan harga pasaran ya. Jangan silap. Itu harga bawah pokok. Harga pasaran lagi mahal. Sampai beribu orang letak harga kat mudah.my. Harga pasaran sebenar boleh jengok sini. Duit syiling 1967 tanpa belah ada yang sanggup beli dengan harga RM500. Baca sini. Harga di atas masih lagi murah tak masuk akal. Tapi saya tahu di mana tempatnya. Rahsia. Contact saya untuk maklumat lanjut)

Kerana minat dah timbul, kena la asah biar tahu sikit-sikit pasal wang lama ni. Tak la jadi macam rusa masuk kampung kalau orang tanya.

Kalau anda ada duit-duit lama, jangan bagi dia barhabuk kat mana-mana. Cuba selongkar dalam rumah. Bawah katil, atas almari, tepi dapur, atas bumbung, bawah rumah. Mana tahu jumpa sekarung duit-duit lama. Daripada biarkan dia hidup macam anak terbuang, baik jual kat sesiapa. Bagi make up sikit. Lepas tu, tanya sapa-sapa yang minat kumpul duit-duit lama. Yang jenis minat, dia tak kisah bayar berapa pun. Lagi baik tanya sapa yang ada mimpi pasal duit semalam. Kalau ada bagi terus kat dia macam kawan saya nie.

Daripada mimpi jadi hobi. Ada jugak.

10 ulasan:

abe amri berkata...

ahem..ahem...syhhhhhhhhhhhhh.. ha ha.. malam tadi kawe mimpi kahwin lagi..cam mana?..ha ha

shamizu berkata...

abe amri,
Mimpi baik ni.Pi usha kat tepi2 pasar karat balik. Berlambak cewek dok bersidai cari lelaki gersang. Bawak balik ke pangkal jalan ada berani ka?

abe amri berkata...

apa barang main awek kat pasar karat.. ha ha.. bila leh makan nasi dagang kg baru lagi?.. jange bimbang..kawe akan pelepas sokmo.dapat jumpa demo pon satu rahmat untuk kawe.ambik berkat.

shamizu berkata...

Abe amri,
Kawe setuju tu.

abe amri berkata...

ha ha ha

CIK TOM berkata...

ciktom ada koleksi duit syiling ms merdeka..

Mohd Shafie berkata...

cik tom,
kena simpan tu cik tom. Lagi lama lagi mahal. Makin tinggi nilai

Tanpa Nama berkata...

Test

Tanpa Nama berkata...

Ya betul

Tanpa Nama berkata...

saya ada duit 67 dan 68 duit 50 sen jea belah tepi...nak jual rm 35 sekeping siap post kalo ada yg minat msj ke 0127392874 anuar

Catat Ulasan

Dah habis baca, Jangan segan silu komen-mengkomen yer.TQ